Jemputan Presiden Ke Perhimpunan Agung UMNO 2018


"Kedatangan ahli-ahli parti pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini menunjukan ,mereka adalah orang UMNO yang menyayangi parti yang berusia 72 tahun ini. Mereka adalah kelompok "loyalist "pada saat parti berada dalam kesengsaraan, keperitan dan kesusahan ini.

Marilah beramai-ramai, saya menyeru kepada semua ahli-ahli diseluruh pelosok negara, datanglah beramai-ramai ke Dewan Merdeka ini,
- mari kita tunjukan soladiriti kita
- mari kita tunjukan kebersamaan kita
- mari kita tunjukan kekuatan perjuangan kita yg tidak pernah putus.

Sekali lagi, saya sebagai Presiden bersama pucuk pimpinan tertinggi, dengan rasa rendah diri, mengajak orang-orang UMNO , datang beramai-ramai dengan satu tekad dan nekad bahawa UMNO pasti bangkit dan bangkit. Kedatangan ahli-ahli diseluruh negara adalah tanda kasih kepada parti. Kali ini biarlah ,tubuh badan itu dibawa ke Dewan Merdeka. Usah lagi berada di depan kaca televisyen atau memerhati saja di telefon pintar.

Ayuh kedatangan saudara - saudari dan sahabat perjuangan amat dialu-alukan. Jadikan peristiwa kebangkitan menentang Malayan Union sebagai kebangkitan era ini "

YB Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO Malaysia..
P/S - Jemputan saya..
Ayuh semua bangsa Melayu,kita berkampung di PWTC tanda sokongan kpd UMNO yg selama ini byk jasa pd org Melayu di negara ini.
Jemputan Presiden Ke Perhimpunan Agung UMNO 2018 Jemputan Presiden Ke Perhimpunan Agung UMNO 2018 Reviewed by Aemierulrizaki on September 27, 2018 Rating: 5

No comments

Recent Posts